eKelas Live Tutorial (Matematik & Sains)

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2019 yang lalu, sesi live tutorial untuk subjek Matematik dan Sains bersama eKelas berjalan seperti biasa selepas berehat selama 6 minggu sempena bulan puasa dan perayaan Hari Raya. Kelas bermula jam 10.20 pagi dan tamat pada jam 11.40 pagi yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Hanya seorang pelajar yang hadir bagi sesi live tutorial kali ini.

Bagi minggu yang ke-13, pelajar Tahun 6 mengulangkaji topik panjang, jisim dan isipadu cecair bagi subjek Matematik manakala topik mesin (kelas tuas) bagi subjek Sains. Pelajar dikehendaki melakukan eksperimen seperti yang diarahkan dan diminta untuk memuat naik gambar eksperimen mereka di portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali